maahadbursa
26 October, 2021
Mestron Holdings Berhad meletakkan sasaran untuk memenangi 30% daripada jumlah 1661 menara telekomunikasi yang akan dibina untuk projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1.
Syarikat yang dikenali sebagai steel pole maker tersebut menyatakan bahawa Sarawak dijangka akan membina sekitar 600 menara dan Mestron dijangka berpeluang tinggi untuk memenangi projek berikut berdasarkan merit.
Dalam kenyataan media terbaru, pengarah urusan Por Teong Eng menyebut penglibatan mereka yang aktif di Sarawak bakal menjadi kelebihan buat mereka untuk dapatkan projek di sana.
Por juga menyebut projek ini akan memacu pertumbuhan syarikat sekurang-kurangnya selama dua tahun. Selain itu, projeik ini juga bakal membantu Malaysia dalam membangunkan jalinan digital seluruh negara terutama sekali di kawasan luar bandar.