Pembinaan loji rawatan air di Selangor jadi tumpuan

maahadbursa

24 October, 2021

Tender pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Rasau telah menarik minat beberapa syarikat besar seluruh negara. Projek tersebut dijangka mampu menjana 700 juta liter air sehari dan dinilaikan sekitar RM1.7 billion hingga RM2 billion.

Pengumuman keputusan dijangka dilakukan hujung tahun 2021. Ditanya megenai syarikat yang memasuki tender tersebut, pihak Air Selangor menolak untuk memberikan sebarang maklumat.

Namun begitu, difahamkan empat senarai awam telah menunjukkan minat untuk mendapatkan projek tersebut. Antaranya ialah IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Taliworks Corp Bhd dan Salcon Bhd.

Dimaklumkan juga bahawa George Kent (M) Bhd juga telah berkolaborasi dengan sebuah syarikat milik kerajaan negeri untuk projek tersebut.

Menurut data tahun 2017, Lembah Klang memerlukan sekitar 3,243 juta liter air sehari ataupun satu per tiga daripada seluruh penduduk Malaysia.

Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Rasau Fasa 1 dijangka siap pada tahun 2024 dan sejumlah 467,000 akaun pelanggan bakal menerima manfaat projek ini.

Setelah siap fasa pertama, LRA Rasau Fasa 2 dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan mampu membekalkan tambahan 700 juta liter air sehari.

Sumber : The Edge