Terjerat kaunter penny, 'Bro, aku rugi RM60,000. Hangus modal'

maahadbursa

10 March, 2022

'Salam, macam mana nak buat dengan portfolio aku?’ Soalan yang diterima melalui pesanan di Telegram. Terkejut saya bila tengok portfolio macam ini. 

Ramai antara kita yang terlibat saham bermula tahun 2020 dalam keadaan pasaran yang cantik. Ramai yang untung ratusan % dan berjaya gandakan modal dalam masa yang singkat. Saham-saham naik 100%, 200%, 300% dengan begitu cepat.

Disebabkan betapa cantiknya pasaran saham pada waktu itu, Bursa Malaysia juga mencatatkan nilai dan volume dagangan tertinggi dalam sejarah pada Ogos 2020.  Rujuk artikel The Edge 11 Ogos 2020  :

Trading volume tops 27 billion at new record high, while KLCI heads lower

Masuk tahun 2021, ramai sudah mula kecundang. Portfolio yang hijau bertukar menjadi merah. Keuntungan tahun sebelumnya lenyap. Modal mula hangus.

Individu di atas banyak terjerat dengan kaunter penny dan akhirnya hilang -60% daripada modal. Rujuk artikel bertajuk : 

" Baik beli kaunter murah, lagi banyak unit dan cepat untung."

Dalam keadaan sebegini, berapa keuntungan yang perlu dijana semula untuk kembalikan modal? Lihat gambar di bawah : 

Berdasarkan kerugian sekitar -60%, individue tersebut perlu jana pulangan lebih kurang 150% untuk dapatkan semula modal yang dilaburkan atau dipanggil sebagai breakeven.

Untuk dapatkan keuntungan sebegini walaupun tidak mustahil tetapi kita kena akui ianya tidak mudah. Agak-agak, apa yang perlu dibuat? 

Nasihat peribadi :

  1. Cari ilmu sebelum melakukan sebarang pelaburan;
  2. Jaga cutloss, cutloss, cutloss sekiranya ingin kekal lama dalam pelaburan saham;
  3. Elakkan membeli saham semata-mata hanya pada harga yang murah. Fokus lebih kepada risk management;
  4. Mula melabur dengan modal yang kita sanggup rugi terlebih dahulu sebelum tambah modal.

Rujuk video RISK AND MONEY MANAGEMENT IN TRADING :

* * *